Saturday, April 24, 2010


Pengundi sekarang tak boleh 'digula-gulakan'
Oleh Zainul Arifin
bhnews@bharian.com.my
2010/04/25

Rakyat utamakan kesejahteraan mereka daripada termakan modal kempen

DI restoran 24 jam Fazliana Maju di Kuala Kubu Bharu, penganalisis politik sambilan berkumpul diselang-seli penduduk yang datang, penuh dengan cerita dan teori mereka. Pelayan restoran nampak teruja kerana perniagaan tentunya bertambah apabila Hulu Selangor tiba-tiba ditonjolkan kepada masyarakat di seluruh negara.


Jelas di Hulu Selangor seminggu dua ini, pengundi atas pagar amat dihargai ketika penyokong parti dan calon jelas tidak berganjak ketaatan mereka, sejumlah kecil pengundi yang belum tahu siapakah yang akan mereka pangkahlah akan menentukan keputusan malam ini.


Hati dan jiwa mereka kini dipujuk rayu. Esok, apabila pemenang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sudah diketahui, apa yang tinggal ialah poster dan kain rentang yang akan diturunkan pihak berkuasa tempatan. Dua tiga hari selepas itu, keadaan akan pulih semula. Kuala Kubu Bharu dan kampung-kampung dan bandar kecil di sekelilingnya akan kembali senyap. Diharap janji-janji oleh pemenang dan yang tewas tidak senasib sama poster pilihan raya.


Namun demikian, dalam masa sesingkat ini kita mengalami keadaan politik yang sungguh hebat. Politik untuk kebanyakan orang biasa bukannya satu kerja atau kehidupan. Kita tidak kemarukkannya. Untuk kita bukan semua perkara boleh, atau perlu, untuk dijadikan modal politik.


Politik untuk kita ialah suatu kaedah untuk menjalankan hidup kita, dan bukannya hidup mati kita, ianya tidak sama dengan orang politik!


Juga kebanyakan rakyat biasa sebenarnya lebih cerdik daripada apa yang dianggap ahli politik. Kita sebenarnya berupaya menilai sama ada sesuatu isu itu dibangkitkan kerana ada keperluan sebenar untuk mencari penyelesaiannya ataupun perkara itu semata-mata dibawa ketengah untuk dijadikan modal politik, untuk memancing undi sahaja.


Hanya orang politik yang tidak sedar tindakan mereka terlalu mudah dibaca.


Oleh kerana terlalu ghairah mencari jalan mudah untuk mencari kemenangan dalam pilihanraya, maka caranya tidak lain tidak bukan ialah mencari salah orang lain terutamanya kesalahan moral ataupun menyakan perjuangan pihak lawanya hanya perjuangan peribadi. Sepatutnya pihak-pihak yang terlibat dalam pilihanraya itu hendaklah menunjukkan cara-cara dan keupayaan mereka untuk menyelesaikan pelbagai isu yang melanda dan menjadi masalah rakyat. Ingatlah rakyat bukannya ingin tahu masalah-masalah peribadi orang lain atau perjuangan peribadi orang itu. Siapa yang jadi PM itu tak penting untuk mereka. Yang pentingnya macamana masalah-masalah sosioekonomi mereka diselesaikan!


Yang hendak diketahui ialah cara-caranya parti-parti politik yang bertanding itu menyelesaikan masalah kegawatan ekonomi yang dihadapi rakyat terutamanya , begitu juga cara-cara parti-parti berkenaan melanda masalah sosial yang dihadapi dan sebagainya. terlalu banyak isu yang boleh digunakan untuk memikat hati pengundi-pengundi. Janganlah hanya fokus kepada srangan-serangan peribadi semata-mata atau sesuatu perkara yang diluar pemikiran pengundi.


Memang banyak isu yang mempengaruhi undi kita, antara yang terpenting berkisar di sekeliling kehidupan kita seharian, dan terutama berkaitan ekonomi. Bagaimanakah kita hendak melegakan lagi hidup kita? Ini soal asas kebanyakan rakyat.

Di negara kita masih terdapat perbezaan besar antara kehendak asas. Yang sudah tiada masalah ekonomi, akan mencari nilai yang lebih tinggi, manakala yang lain, terutama yang makan pagi hasil daripada kais pagi, apa yang penting ialah periuk nasi mereka.

Di Hulu Selangor ternyata perbezaan pendekatan parti politik dalam menghadapi pilihan raya kecil. Barisan Nasional (BN) rasanya menumpukan pada isu tempatan, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba menjadikan pilihan raya itu sebagai referendum isu negara.

Jika hendak disimpulkan, ia seperti pertandingan isu kerja dan pembangunan menentang dakwaan Yahudi menyusup di dalam kerajaan.


Hulu Selangor juga mampu menjadi acuan atau satu kerangka untuk pilihan raya akan datang, terutama bagaimana isu dibangkitkan dan bagaimana mereka akan mempengaruhi pengundi.


Apakah orang Hulu Selangor akan sama bersimpati dengan penduduk Kuala Lumpur mengenai isu seperti hak asasi manusia? Adakah isu kapal selam tidak boleh menyelam boleh mengatasi isu penyedian peluang kerja untuk anak muda?


Rasanya keputusan Hulu Selangor akan berupaya menunjuk ke arah satu formula bagaimana mesej kempen-kempen politik boleh dibentuk pada masa hadapan. Bukan semua isu itu boleh digunakan di semua tempat.


Teringat saya seorang calon pilihan raya umum untuk satu kawasan di Kuala Lumpur yang mempunyai sosioekonomi penduduk yang sungguh berbeza. Ada kawasan setinggan dan juga kawasan perumahan banglo mewah di Parlimen itu.


Maka calon itu berkain pelikat ketika berucap di kawasan setinggan, setelah habis dia masuk ke van menuju ke satu lagi kawasan. Apabila keluar dari van, dia sudah berseluar dan berbaju batik. Kalau sebelumnya dia bercakap mengenai bagaimana masalah setinggan hendak diatasi, kini dia bercakap mengenai kehakiman.


Apakah lagi pengajaran lain yang boleh diambil daripada pilihan raya kecil Hulu Selangor?


Ahli politik perlu berkulit tebal untuk menahan serangan peribadi yang datang. Memanglah tidak diingini dan tidak baik, tetapi itu adalah lumrah politik. Orang yang marah sekarang mengenai serangan peribadi mungkin segera melompat jika mendapat peluang berbuat demikian terhadap seterunya.


Rakyat faham sangat perangai ahli politik. Cuma ada ketika ahli politik yang terlupa bahawa rakyat terlalu tahu perangai mereka.


Satu lagi perkara yang perlu diingat ahli politik ialah orang ramai tiada tenaga atau keinginan untuk berpolitik 24 jam sehari atau sepanjang tahun. Hanya ahli politik dan konco-konco mereka yang tidak faham. Jika terlalu banyak berpolitik, rakyat boleh jadi meluat. Rakyat inginkan kerajaan yang buat kerja, kerja untuk rakyat bukan kerja untuk berpolitik!

Wakil rakyat baru Hulu Selangor tidak boleh mungkir janji!

26/4/2010

WAKIL rakyat baru kawasan Parlimen Hulu Selangor telah pun mendapat mandat untuk berkhidmat kepada pengundi-pengundinya. Kepercayaan pengundi yang diberikan kepadanya bukanlah sesuatu yang boleh dipersia-siakan.


Justeru itu, amat penting bagi Yang Berhormat baru ini tidak memungkiri janji untuk berkhidmat kepada pengundi yang memilihnya. Ini adalah kerana setiap pengundi di Hulu Selangor mengharapkan calun yang ldipilih menjadi wakil rakyat mereka di kawasan Parlimen Hulu Selangor itu menunaikan segala janji-janji yang dinyatakan semasa PRK yang baru sahaja dijalankan.


Ironinya, kebanyakan wakli rakyat hanya pandai berjanji tetapi kurang menitikberatkan pelaksanaan janji-janji yaang dilafazkannya semasa pilihanraya dalam memberi khidmat bakti seperti yang dijanjikan. Kebanyakkan janji semasa tempoh berkempen amatlah muluk, amatlah manis dan amatlah sedap didengar!


Antara janji yang ditabur adalah menyediakan semua kemudahan di kawasannya adalah satu kemestian, misalnya pondok menunggu bas di setiap seksyen perumahan, menyediakan bekalan air bersih, memastikan kawasan persekitaran sentiasa dalam keadaan yang bersih, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat setempat dan akan berusaaha menyelesaikan semua masalah berbangkit dkawasan dan seterusnya menyuarakan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat untuk perhatian dan tindakan kerajaan.


Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kemudahan asas penduduk tidak terjaga. Lampu jalan tidak berfungsi. Jalan berlubang disana sini. Bekalan air sentiasa terputus, longkang tersumbat, harga minyak naik pun wakil rakyat berkenaan tidak bersuara, harga tambang bas pun dipandang sepi, dan lain-lain masalah rakyat langsung tidak diberi perhatian dan tiada langsung wakil-wakil rakyat berkenaan bersuara menyuarakan pandangan rakyat di parlimen berkenaan apa-apa cadangan kerajaan.


Akibat dari sikap wakil rakyat yang kaku dan tidak responsif terhadap pemasalahan rakyat serta tidak berani menyuarakan pendapat dan pandangan rakayat mengenai sesuatu isu terutamanya mengenai kenaikan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan, ura-ura memperkenalkan GST, kenaikan premium insurans dan sebagainya menyebabkan wakil-wakil rakyat yang tidak berani bersuara bagi pihak rakyat itu akan ditolak oleh rakyat.


Apatah lagi yang lebih menyedihkan ialah pengundi hanya menatap wajah wakil rakyat mereka di poster pilihan raya kerana beliau tidak turun menemui pengundi selepas menang pilihanraya. Pengundi-pengundi hanya mengenali wakil rakyat melalui kereta besar menjalar yang dinaiki, rumah mewah atau pun hanya dimajlis-majlis perasmian sahaja.


Sikap wakil rakyat yang sedemikian yang hanya turun masa pilihanraya menyebabkan rakyat tidak menghargainya bahkan terasa janji-janji wakil rakyat itu hanyalah cara untuk mendapat undi semata-mata. Tapi apakan daya, diri telah pun tertipu dengan janji-janji manis wakil rakyat yang berkenaan. Namun, langit tidaklah selalu cerah bagi wakil rakyat yang suka menabur janji. Apabila tiba pilihanraya nanti, tahulah rakyat menghukumnya nanti.


Maka, benarlah pesanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa zaman untuk pemimpin yang hanya tahu berjanji sudah pun berlalu. Rakyat boleh menjatuhkan atau menaikkan pemimpin-pemimpin yang hanya tahu berjanji. Lantaran itu, kepercayaan yang diberikan oleh pengundi perlu dipenuhi, janji-janji yang dilafazkan hendaklah ditunaikan.


Wakil-wakil rakyat sebagi ahli politik janganlah hanya sibuk berceramah disana sini di setiap pelosok negara, membuat fitnah di sana dan sini tetapi lupa kepada tanggungjawabnya untuk menunaikan segala janjinya dan memberi kan perkhidmatan terbaik kepada penduduk-penduduk dikawasan yang diwakilinya.


Mencontohi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang amat mengambil berat terhadap nasib pengundi di kawasannya, mungkin ia dapat menyedarkan beberapa kerat pemimpin yang terlupa bahawa setinggi mana pun pemimpin itu dijulang, ianya bermula dan berakhir dengan perkhidmatan kepada penduduk-penduduk dikawasan yang diwakilinya.


Perhatikan juga beberapa nama hebat yang sentiasa memenangi pilihanraya seperti Tuan guru Nik Aziz, Wahid Endut, Tengku Razaleigh Hamzah, Annuar Ibrahim dan lain-lain kesemuanya adalah pemimpin yang sentiasa mengambil berat terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk dikawasan yang diwakilinya sama ada isu itu bersifat tempatan atau pun nasional. kedua-duanya perlu diberi perhatian dan tindakan!

kepada semua wakil-wakil rakyat yang telah dipilih, Bekerjalah sebagaimana kamu bertungkus-lumus berkempen, kerana cabaran yang paling hebat untuk semua wakli rakyat adalah untuk memenuhi janji-janji pilihanraya yang ditaburkan kepada rakyat!

Hulu Selangor: Pengundi tunggu janji ditunaikan

Ahli parlimen baru Hulu Selangor P. Kamalanathan beramah-mesra dengan penduduk Felda di Sungai Buaya hari ini. – Gambar oleh Clara Chooi

HULU SELANGOR, 26 April — Penduduk Hulu Selangor gembira pilihan raya kecil di situ berakhir semalam dan berharap semua janji pihak yang terlibat bakal ditunaikan.

Mereka berharap wakil rakyat yang baru, P. Kamalanathan dari Barisan Nasional yang mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim, segera turun padang melihat masalah rakyat.

Pengusaha rumah rehat Seri Teratai, Murali Dharan, 51, berkata beliau berharap Kamalanathan dapat berkhidmat dengan baik.

Peniaga di Pasar Peladang Kuala Kubu Baru, Che Aminah Sulaiman, 45, pula berharap janji untuk memberikan peruntukan RM100,000 untuk menaik taraf pasar ditunaikan segera bagi keselesaan mereka berniaga.

Pekerja swasta, Abdul Hadi Hafzan, 29, pula menyambut baik langkah Kamalanathan yang ingin berpindah ke kawasan Hulu Selangor dari kediamannya di Rawang.

“Selalulah turun padang dan bertemu penduduk, walaupun tidak salur bantuan, bertanya khabar pun dah memadai,” katanya.